Saturday, January 31, 2015

Terima Kasih Cayang

Dah berabad rasenya tak manjakan diri buat facial and massage. Alhamdulillah rezeki tak disangka2. Tetiba ada yang hati mulia, sudi nak belanja sempena ulangtahun kelahiran saya. So sweet... Terima kasih adik ipar ku. Kakak mu ini sangat enjoy hari ni. Dapat relax2 manjakan diri. Sampai tertido dibuatnya. AHA facial + shoulder massage untuk 2 jam 30 minit memang sangat best. Terima kasih cayang.

Lissage De Beauty SS15 Subang Jaya

Sunday, January 25, 2015

Kain Oh Kain

Bila hari keje tak sabar2 nak tunggu hari cuti. Kononnya bila cuti nak selesaikan segala keje rumah yang tertangguh, kononnya lagi nak berehat. Tapi yang pelik nya bila dah cuti kaki ni asyik gatal jer nak berjalan. Alasannya kalau asyik berkurung dalam rumah tak dapat udara segar. Ada saje la nak pegi sana nak pegi sini. Belum dikira lagi dengan jemputan majlis2 khawin, kenduri sana sini. Jamuan makan2 harijadi la, housewarming la. So bilanya nak selesaikan kerja rumah?

Kerja yang paling2 susah saya nak buat ialah aktiviti melipat baju. Aduduh rasanya dah dekat 4 bakul tak berlipat. Bab mencuci, bab menyidai diteruskan macam biasa tapi bab melipat duk bertangguh2 sampai kain baju dah membentuk Banjaran Himalaya dah. Hahaha. Tak malunya bukak pekung sendiri kan? Mesti uolls nak cakap saya pemalas. Hihi. Memang pun! Awal2 lagi saya dah angkat tangan mengaku.


Tapi kali ni jiwa kena kental. Kaki kena ikat. Ku gagahkan jugak semangat melipat2 ni. Start malam Sabtu lepas sampai ke hari Ahad dah macam mesin melipat dah. Lepas satu bakul, sambung bakul kedua, teruskan dengan bakul ketiga, akhirnya siap!! Baru lah lega rasa bila mata pun dah tak lagi semak, hati pun senang. Haha

Lepas ni tunggu Princess-Dalia besar sikit boleh tolong mama buat kerja rumah yer sayang. Ampunkan saya En. Suami, lepas ni janji tak tangguh2 keje lagi okay. Peace!



Friday, January 23, 2015

Pre-celebration 5th Birthday

#throwback

Sudah menjadi kebiasaan di Little Caliph (LC) pada setiap hujung bulan akan membuat sambutan ulangtahun kelahiran pelajar dengan konsep portluck from teachers & parents. Each parents akan menyumbang sejenis atau dua jenis makanan untuk dikongsi beramai2 oleh para pelajar. Dan bagi pelajar yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan itu diharuskan membawa kek masing2.

Memandangkan sesi persekolahan 2014 bakal berakhir pada bulan November dan ini adalah hari terakhir sesi persekolahan, ulangtahun kelahiran bagi pelajar November & Disember disambut serentak. Walaupun ulangtahun kelahiran Princess-Dalia 29 Dis tapi tak de salahnya sambut awal sikit yer sayang. Janji dapat share the happiness with teachers and friends. 

Cuma petang tu mama kelam kabut sikit pergi tempahkan kek dan beli barang2 untuk goodie bags. Kalut kalahkan nak buat kenduri. Hihi.. Lagipun ini pengalaman pertama Princess-Dalia nak sambut ulangtahun kelahiran kat school dengan kawan2. So agak sesuatu yang baru jugak untuk mama & papa.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis.

Princess-Dalia dengan birthday cake. Bertukar watak sekejap jadi Princess Elsa versi muslimah. Hihi

Birthday cake bertemakan Frozen. Nasib baik bakery tu masih nak terima tempahan last minute.

Goodie bags yang termampu mama siapkan untuk kawan2 Princess-Dalia. Walaupun barang tak seberapa tapi harap dapat buat semua happy.

Ini lah guru kelas 5 Smart, Cik Munirah. Terima kasih sebab sabar dengan kerenah Princess-Dalia selama mendidik die di LC.

Birthday card from LC untuk Princess-Dalia. 


Tragedi Banjir Disember 2014

#throwback

"Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" - Surah Hud Ayat 44

Seluruh ummat tidak putus2 berdoa dan merayu pada Allah SWT agar keadaan banjir di pantai timur pulih dengan segera memandangkan keadaan yang semakin hari semakin buruk. Tidak terkecuali dalam mengharungi detik cemas dan menakutkan ini adalah ibu dan bapa ku sendiri di Kota Bharu dan sahabat2 baik ku di seluruh Kelantan.

Setiap kali mendapat khabar dari sahabat2 yang memaklumkan keadaan air yang semakin naik dan harta benda yang musnah, tempat tinggal dihanyutkan, hancur luluh hati ini dan hati ini juga tumpang menangis untuk cuba mengerti apa yang mereka alami. Ada sahabat ku yang keluarga nya terpaksa menyelamatkan diri dengan berlindung di atas bukit, ada yang terperangkap di dalam rumah dan mohon diselamatkan oleh pihak berkuasa, ada yang terputus bekalan makanan, anak kecil yang merengek kelaparan.. Dugaan yang sangat hebat tetapi pasti ada hikmahnya.

Keluargaku sendiri terkena tempias nya walaupun hanya secebis pengalaman kecil jika dibandingkan dengan pengalaman sahabat2 ku tetapi dalam mengenangkan keadaan Abah dan Mama yang kurang sihat, jasad sahaja yang berada di sini tetapi hati telah lama pulang ada bersama Ma dan Abah. Pengalaman mereka di pusat pemindahan banjir selama 4 hari cukup mengajar erti bersyukur bila mana makanan tetap dibekalkan walaupun tidak mewah. Cukup la sekadar dapat mengalas perut.

Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Keadaan banjir akhirnya bertambah pulih dan mangsa2 banjir dah mula balik ke rumah masing2. Walaupun perit menyaksikan kemusnahan harta benda dan tempat tinggal tetapi ku harap kan semuanya redha dan tidak sekali2 menyalahkan takdir. Pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik selepas ini. Terima kasih pada suamiku dan keluarga mertua ku yang turut menghulurkan bantuan. Semoga dimurahkan rezeki hendaknya.


Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi,
Sekuat apa pun cubaan yang harus kita jalani,
Sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai,
Sejauh mana pun hari2 yang kita lalui,
JANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi,
Kerana harapan adalah masa hadapan,
Kerana harapan adalah sumber kekuatan,
Kerana doa adalah pintu kebaikan dan
Kerana doa adalah senjata orang yang beriman.

ChiChi

#throwback

Mama belikan ChiChi untuk Princess-Dalia sempena birthday present ulangtahun Princess-Dalia yang ke 5 tahun. Semuanya bermula gara2 Princess-Dalia teringin sangat nak ada sugar glider lepas tengok keseronokan Auntie Mimie manjakan her pet ChaCha. Memandangkan sebab mama tahu Princess-Dalia memang seorang yang terlalu sayangkan animal so mama percaya memang ChiChi akan disayangi dengan sepenuh jiwa dan raga.

Dengan pertolongan Auntie Mimie uruskan pembelian dengan one of her best friend akhirnya ChiChi menjadi hak milik Princess-Dalia dengan harga MYR300 beserta set sangkar dan beg. Setiap hari, sebelum pergi school atau balik je dari school mesti ChiChi yang akan jadi keutamaan Princess-Dalia. Kejap2 digeletek2 nye ChiChi. Kadang2 dicucuk2 nye ChiChi pakai toys. Seronok sebab ChiChi pun bagi good responds. Mula2 bawak balik rumah tak payah cakap la. Semua nya papa, mama & Princess-Dalia ketakutan sebab ChiChi selalu buat bunyi garang. Macam dinasour. Hahaha...


Makanan kegemaran ChiChi adalah telur rebus. Tapi tak ade la hari2 mama bagi telur rebus. Kadang2 ChiChi makan isi ayam rebus, lobak merah, tomato tapi ChiChi ni pandai kalau bab suruh makan sayur mesti lambat2 je makanan tu nak habis. Tak suka sangat makan sayur. Setiap hari minggu pulak kita sama2 bersihkan sangkar ChiChi, bersihkan badan ChiChi. Untungnya jugak ChiChi bila setiap kali nak keluar jalan Princess-Dalia dah siap sedia pikul beg ChiChi diusungnya sekali ChiChi berjalan. Betapa sayangnya Princess-Dalia dengan ChiChi.


Sampaikan masa Raya Aidilfitri pun ChiChi kena usung balik Kota Bharu. Seronok jugak bila ada pet. Rasa terisi jugak masa lapang. Boleh sayang2 die, main2 ngan die. Kadang2 pernah tengah2 malam ChiChi ajak main2 buat bunyi bising cuba kejutkan sape2 je sbb memang kebiasaannya sugar glider ni aktif pada waktu malam. Siang nya tidur jer keje.

Hari demi hari dah hampir 4 bulan ChiChi masuk dalam keluarga kecil kita. Membina kenangan bersama2 sehingga la pada satu pagi ChiChi nampak kurang bermaya. Makan pun tak mahu, minum pun tak mahu. ChiChi sangat pasif. Suara die pun lansung tak dengar hari tu. Dalam hati terdetik mungkin ChiChi sakit. Tengah dalam keadaan tergesa2 bersiap nak ke klinik veterinar, sayup2 dengar suara papa cakap ChiChi dah tak ada. Tak ada?? Maksudnya?? ChiChi dah tak bernafas... Badan die dah mengeras.. ChiChi dah mati...

Masa tu jugak mama dan Princess-Dalia saling berpandangan. Air mata dah macam air terjun. Sedih nya tak terkata. Paling mama sedih bila tengok Princess-Dalia meraung menangis meratapi pemergian ChiChi. Memang sedihnya tak dapat tahan sebab kita dah mula sayang ChiChi dan banyak kenangan dengan ChiChi. Tapi apa kan daya, jodoh ChiChi dengan keluarga kita tak panjang.


Semadilah ChiChi di sana. Kami tak akan lupa kenangan dengan ChiChi, telatah ChiChi. Walaupun hanya 4 bulan ChiChi bertahan tapi kesedihan kehilangan ChiChi memang agak terkesan. Seminggu jugak mama dan Princess-Dalia menangis bila teringatkan ChiChi. Bila tengok sangkar ChiChi dah kosong, bila pagi2 dah tak ade aktiviti siapkan makanan untuk ChiChi, balik petang2 dah tak ade ChiChi yang selalu sambut kepulangan kiteorang, terasa sangat kekosongan tu.

Selamat tinggal ChiChi...

Pre-Graduation and Ihtifal 2014

#throwback

Pejam celik pejam celik dah tamat dah sesi persekolahan 2014. Setiap hari pergi school setiap hari tu la mama mengharapkan dan mengimpikan yang terbaik untuk Princess-Dalia sama seperti ibu bapa yang lain. Alhamdulillah Princess-Dalia antara top ten student dalam 5 Smart. Review teacher pasal Princess-Dalia :



  • Suka bercerita - mulut memang tak akan duduk diam. Tiap hari ade je cerita yg die akan cerita dengan kawan2.
  • Suka menyanyi - kat mana2 sekalipun, dalam classroom, bath room or while que up mesti dengar suara2 kecil yang comel menyanyi. Dan itu memang semestinya suara Princess-Dalia. Hahaha. Yang bab suka menyanyi ni mama kena mengaku dapat dari mama nya ni.
  • Kelakar - Princess-Dalia suka buat kelakar sampai teacher cakap Princess-Dalia ni lawak orangnya. Hihi.. Kat rumah pun awak sememangnya pak lawak anak ku.


Jom kita layan gambar yang sempat mama snap di Hotel Gold Course Klang. Sorry, papa tak dapat attend event ni sebab date event clash dengan percutian papa bersama kawan2 ke Bali, Indonesia. Tak apa, mama mintak ayah chik temankan kita. Untuk papa, nanti papa layan CD je okay.

Ini la result Princess-Dalia untuk peperiksaan awal dan akhir tahun. Ada yang naik, ada yang turun. Balance lah tu kan. Haha
Princess-Dalia pandai mujuk mama belikan die belon Frozen. Time ni la apa anak mintak semua mama nak bagi walaupun RM10 satu. Kalau kat pasar malam baru RM5 kot sayang.
Terima kasih Ayah Chik, temankan kite orang. Ayah Chik siap temankan kita kat rumah lagi selama papa tak ade. Ayah Chik adalah bodyguard yang terbaik!
Princess-Dalia selepas buat persembahan tarian & mini drama dengan iringan lagu Hai-O. Hari ni jer mama kasi chance bibir merah dengan lipstick okay. Hari2 lain tak boleh sebab budak2 tak leh pakai make-up. Hihi..
Ini mama Fatieh Puan Nurr, classmate Princess-Dalia. Walaupun baru kenal tapi tak menghalang kami mesra macam dah lama kenal. Indahnya silaturahim tu tak kira macam mana die bermula tapi bagaimana kita menghargainya untuk terus kekal dalam hubungan yang baik.


Wednesday, January 21, 2015

Demam

Tiga empat hari lepas mama & papa yang demam teruk. Sampai melepek jer kat katil. Langsung tak bertenaga. Dengan tekak perit, batuk, selsema. Nak pergi klinik pun tak larat memandangkan duk memikirkan nak turun tangga 5 tingkat. Oh No!!! Tapi.. Sebab dah tak larat sangat ku gagahkan jua pergi klinik. Lepas 2x amik ubat baru la mula rasa berpeluh2 dan bertenaga sikit.

Sebab tak nak demam berjangkit ni berjangkit pada Princess-Dalia, cepat2 je mama bagi ubat sebab nak elakkan nanti satu rumah pulak yang tak sihat. Ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Masa jemput Princess-Dalia kat school td (LC) nampak sangat anak mama tak bermaya. Senyum pun tak terukir kat bibir. Lemah lesu, masuk je kereta terus terlelap. Mama doakan Princess-Dalia cepat sembuh. Nanti tak dapat nak dengar celoteh anak mama. Sunyi...