#throwback
Sudah menjadi kebiasaan di Little Caliph (LC) pada setiap hujung bulan akan membuat sambutan ulangtahun kelahiran pelajar dengan konsep
portluck from teachers & parents. Each parents akan menyumbang sejenis atau dua jenis makanan untuk dikongsi beramai2 oleh para pelajar. Dan bagi pelajar yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan itu diharuskan membawa kek masing2.
Memandangkan sesi persekolahan 2014 bakal berakhir pada bulan November dan ini adalah hari terakhir sesi persekolahan, ulangtahun kelahiran bagi pelajar November & Disember disambut serentak. Walaupun ulangtahun kelahiran Princess-Dalia 29 Dis tapi tak de salahnya sambut awal sikit yer sayang. Janji dapat
share the happiness with teachers and friends.
Cuma petang tu mama kelam kabut sikit pergi tempahkan kek dan beli barang2 untuk
goodie bags. Kalut kalahkan nak buat kenduri. Hihi.. Lagipun ini pengalaman pertama Princess-Dalia nak sambut ulangtahun kelahiran kat
school dengan kawan2. So agak sesuatu yang baru jugak untuk mama & papa.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis.
 |
| Princess-Dalia dengan birthday cake. Bertukar watak sekejap jadi Princess Elsa versi muslimah. Hihi |
 |
| Birthday cake bertemakan Frozen. Nasib baik bakery tu masih nak terima tempahan last minute. |
 |
| Goodie bags yang termampu mama siapkan untuk kawan2 Princess-Dalia. Walaupun barang tak seberapa tapi harap dapat buat semua happy. |
 |
| Ini lah guru kelas 5 Smart, Cik Munirah. Terima kasih sebab sabar dengan kerenah Princess-Dalia selama mendidik die di LC. |
 |
| Birthday card from LC untuk Princess-Dalia. |
No comments:
Post a Comment