#throwback
"Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" - Surah Hud Ayat 44
Seluruh ummat tidak putus2 berdoa dan merayu pada Allah SWT agar keadaan banjir di pantai timur pulih dengan segera memandangkan keadaan yang semakin hari semakin buruk. Tidak terkecuali dalam mengharungi detik cemas dan menakutkan ini adalah ibu dan bapa ku sendiri di Kota Bharu dan sahabat2 baik ku di seluruh Kelantan.
Setiap kali mendapat khabar dari sahabat2 yang memaklumkan keadaan air yang semakin naik dan harta benda yang musnah, tempat tinggal dihanyutkan, hancur luluh hati ini dan hati ini juga tumpang menangis untuk cuba mengerti apa yang mereka alami. Ada sahabat ku yang keluarga nya terpaksa menyelamatkan diri dengan berlindung di atas bukit, ada yang terperangkap di dalam rumah dan mohon diselamatkan oleh pihak berkuasa, ada yang terputus bekalan makanan, anak kecil yang merengek kelaparan.. Dugaan yang sangat hebat tetapi pasti ada hikmahnya.
Keluargaku sendiri terkena tempias nya walaupun hanya secebis pengalaman kecil jika dibandingkan dengan pengalaman sahabat2 ku tetapi dalam mengenangkan keadaan Abah dan Mama yang kurang sihat, jasad sahaja yang berada di sini tetapi hati telah lama pulang ada bersama Ma dan Abah. Pengalaman mereka di pusat pemindahan banjir selama 4 hari cukup mengajar erti bersyukur bila mana makanan tetap dibekalkan walaupun tidak mewah. Cukup la sekadar dapat mengalas perut.
Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Keadaan banjir akhirnya bertambah pulih dan mangsa2 banjir dah mula balik ke rumah masing2. Walaupun perit menyaksikan kemusnahan harta benda dan tempat tinggal tetapi ku harap kan semuanya redha dan tidak sekali2 menyalahkan takdir. Pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik selepas ini. Terima kasih pada suamiku dan keluarga mertua ku yang turut menghulurkan bantuan. Semoga dimurahkan rezeki hendaknya.
Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi,
Sekuat apa pun cubaan yang harus kita jalani,
Sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai,
Sejauh mana pun hari2 yang kita lalui,
JANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi,
Kerana harapan adalah masa hadapan,
Kerana harapan adalah sumber kekuatan,
Kerana doa adalah pintu kebaikan dan
Kerana doa adalah senjata orang yang beriman.

No comments:
Post a Comment