Sunday, January 25, 2015

Kain Oh Kain

Bila hari keje tak sabar2 nak tunggu hari cuti. Kononnya bila cuti nak selesaikan segala keje rumah yang tertangguh, kononnya lagi nak berehat. Tapi yang pelik nya bila dah cuti kaki ni asyik gatal jer nak berjalan. Alasannya kalau asyik berkurung dalam rumah tak dapat udara segar. Ada saje la nak pegi sana nak pegi sini. Belum dikira lagi dengan jemputan majlis2 khawin, kenduri sana sini. Jamuan makan2 harijadi la, housewarming la. So bilanya nak selesaikan kerja rumah?

Kerja yang paling2 susah saya nak buat ialah aktiviti melipat baju. Aduduh rasanya dah dekat 4 bakul tak berlipat. Bab mencuci, bab menyidai diteruskan macam biasa tapi bab melipat duk bertangguh2 sampai kain baju dah membentuk Banjaran Himalaya dah. Hahaha. Tak malunya bukak pekung sendiri kan? Mesti uolls nak cakap saya pemalas. Hihi. Memang pun! Awal2 lagi saya dah angkat tangan mengaku.


Tapi kali ni jiwa kena kental. Kaki kena ikat. Ku gagahkan jugak semangat melipat2 ni. Start malam Sabtu lepas sampai ke hari Ahad dah macam mesin melipat dah. Lepas satu bakul, sambung bakul kedua, teruskan dengan bakul ketiga, akhirnya siap!! Baru lah lega rasa bila mata pun dah tak lagi semak, hati pun senang. Haha

Lepas ni tunggu Princess-Dalia besar sikit boleh tolong mama buat kerja rumah yer sayang. Ampunkan saya En. Suami, lepas ni janji tak tangguh2 keje lagi okay. Peace!



No comments:

Post a Comment