Friday, January 23, 2015

ChiChi

#throwback

Mama belikan ChiChi untuk Princess-Dalia sempena birthday present ulangtahun Princess-Dalia yang ke 5 tahun. Semuanya bermula gara2 Princess-Dalia teringin sangat nak ada sugar glider lepas tengok keseronokan Auntie Mimie manjakan her pet ChaCha. Memandangkan sebab mama tahu Princess-Dalia memang seorang yang terlalu sayangkan animal so mama percaya memang ChiChi akan disayangi dengan sepenuh jiwa dan raga.

Dengan pertolongan Auntie Mimie uruskan pembelian dengan one of her best friend akhirnya ChiChi menjadi hak milik Princess-Dalia dengan harga MYR300 beserta set sangkar dan beg. Setiap hari, sebelum pergi school atau balik je dari school mesti ChiChi yang akan jadi keutamaan Princess-Dalia. Kejap2 digeletek2 nye ChiChi. Kadang2 dicucuk2 nye ChiChi pakai toys. Seronok sebab ChiChi pun bagi good responds. Mula2 bawak balik rumah tak payah cakap la. Semua nya papa, mama & Princess-Dalia ketakutan sebab ChiChi selalu buat bunyi garang. Macam dinasour. Hahaha...


Makanan kegemaran ChiChi adalah telur rebus. Tapi tak ade la hari2 mama bagi telur rebus. Kadang2 ChiChi makan isi ayam rebus, lobak merah, tomato tapi ChiChi ni pandai kalau bab suruh makan sayur mesti lambat2 je makanan tu nak habis. Tak suka sangat makan sayur. Setiap hari minggu pulak kita sama2 bersihkan sangkar ChiChi, bersihkan badan ChiChi. Untungnya jugak ChiChi bila setiap kali nak keluar jalan Princess-Dalia dah siap sedia pikul beg ChiChi diusungnya sekali ChiChi berjalan. Betapa sayangnya Princess-Dalia dengan ChiChi.


Sampaikan masa Raya Aidilfitri pun ChiChi kena usung balik Kota Bharu. Seronok jugak bila ada pet. Rasa terisi jugak masa lapang. Boleh sayang2 die, main2 ngan die. Kadang2 pernah tengah2 malam ChiChi ajak main2 buat bunyi bising cuba kejutkan sape2 je sbb memang kebiasaannya sugar glider ni aktif pada waktu malam. Siang nya tidur jer keje.

Hari demi hari dah hampir 4 bulan ChiChi masuk dalam keluarga kecil kita. Membina kenangan bersama2 sehingga la pada satu pagi ChiChi nampak kurang bermaya. Makan pun tak mahu, minum pun tak mahu. ChiChi sangat pasif. Suara die pun lansung tak dengar hari tu. Dalam hati terdetik mungkin ChiChi sakit. Tengah dalam keadaan tergesa2 bersiap nak ke klinik veterinar, sayup2 dengar suara papa cakap ChiChi dah tak ada. Tak ada?? Maksudnya?? ChiChi dah tak bernafas... Badan die dah mengeras.. ChiChi dah mati...

Masa tu jugak mama dan Princess-Dalia saling berpandangan. Air mata dah macam air terjun. Sedih nya tak terkata. Paling mama sedih bila tengok Princess-Dalia meraung menangis meratapi pemergian ChiChi. Memang sedihnya tak dapat tahan sebab kita dah mula sayang ChiChi dan banyak kenangan dengan ChiChi. Tapi apa kan daya, jodoh ChiChi dengan keluarga kita tak panjang.


Semadilah ChiChi di sana. Kami tak akan lupa kenangan dengan ChiChi, telatah ChiChi. Walaupun hanya 4 bulan ChiChi bertahan tapi kesedihan kehilangan ChiChi memang agak terkesan. Seminggu jugak mama dan Princess-Dalia menangis bila teringatkan ChiChi. Bila tengok sangkar ChiChi dah kosong, bila pagi2 dah tak ade aktiviti siapkan makanan untuk ChiChi, balik petang2 dah tak ade ChiChi yang selalu sambut kepulangan kiteorang, terasa sangat kekosongan tu.

Selamat tinggal ChiChi...

No comments:

Post a Comment