Friday, January 23, 2015

Pre-Graduation and Ihtifal 2014

#throwback

Pejam celik pejam celik dah tamat dah sesi persekolahan 2014. Setiap hari pergi school setiap hari tu la mama mengharapkan dan mengimpikan yang terbaik untuk Princess-Dalia sama seperti ibu bapa yang lain. Alhamdulillah Princess-Dalia antara top ten student dalam 5 Smart. Review teacher pasal Princess-Dalia :



  • Suka bercerita - mulut memang tak akan duduk diam. Tiap hari ade je cerita yg die akan cerita dengan kawan2.
  • Suka menyanyi - kat mana2 sekalipun, dalam classroom, bath room or while que up mesti dengar suara2 kecil yang comel menyanyi. Dan itu memang semestinya suara Princess-Dalia. Hahaha. Yang bab suka menyanyi ni mama kena mengaku dapat dari mama nya ni.
  • Kelakar - Princess-Dalia suka buat kelakar sampai teacher cakap Princess-Dalia ni lawak orangnya. Hihi.. Kat rumah pun awak sememangnya pak lawak anak ku.


Jom kita layan gambar yang sempat mama snap di Hotel Gold Course Klang. Sorry, papa tak dapat attend event ni sebab date event clash dengan percutian papa bersama kawan2 ke Bali, Indonesia. Tak apa, mama mintak ayah chik temankan kita. Untuk papa, nanti papa layan CD je okay.

Ini la result Princess-Dalia untuk peperiksaan awal dan akhir tahun. Ada yang naik, ada yang turun. Balance lah tu kan. Haha
Princess-Dalia pandai mujuk mama belikan die belon Frozen. Time ni la apa anak mintak semua mama nak bagi walaupun RM10 satu. Kalau kat pasar malam baru RM5 kot sayang.
Terima kasih Ayah Chik, temankan kite orang. Ayah Chik siap temankan kita kat rumah lagi selama papa tak ade. Ayah Chik adalah bodyguard yang terbaik!
Princess-Dalia selepas buat persembahan tarian & mini drama dengan iringan lagu Hai-O. Hari ni jer mama kasi chance bibir merah dengan lipstick okay. Hari2 lain tak boleh sebab budak2 tak leh pakai make-up. Hihi..
Ini mama Fatieh Puan Nurr, classmate Princess-Dalia. Walaupun baru kenal tapi tak menghalang kami mesra macam dah lama kenal. Indahnya silaturahim tu tak kira macam mana die bermula tapi bagaimana kita menghargainya untuk terus kekal dalam hubungan yang baik.


No comments:

Post a Comment